Kejatuhan wangsa Kerabat Romanov

The Romanovs visiting a regiment during World War I. From left to right, Grand Duchess Anastasia, Grand Duchess Olga, Tsar Nicholas II, Tsarevich Alexei, Grand Duchess Tatiana, and Grand Duchess Maria, and Kuban Cossacks

Revolusi Februari 1917 menyebabkan penurunan takhta Nikolai II kepada kakandanya Mikhail Aleksandrovich.[5] Mikhail pula menolak tawaran tersebut lalu menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Pemerintah Sementara Rusia yang sedang menunggu keputusan pungutan suara ke atas mereka, tundakan ini menamatkan pemerintahan dinasti Romanov ke atas Rusia.

Kerabat Nikolai II ditahan di Istana Aleksandr, kemudiannya ke bandar Tobolsk di Siberia oleh Alexander Kerensky pada Ogos 1917. Pemerintah Sementara digulingkan pihak Bolshevik dalam Revolusi Oktober lewat tahun yang sama. Pada April 1918, kerabat tersebut dipindahkan ke bandar Yekaterinburg, di mana mereka menetap di Rumah Ipatiev.

Kesemua ahli kerabat tersebut dan empat orang khadam mereka dibunuh pasukan penembak pimpinan Filip Goloschekin dan Yakov Yurovsky atas perintah Yakov Sverdlov di bilik bawah tanah rumah mereka pada malam 17 Julai 1918. Yurovsky mengarahkan pembunuhan tersebut bagi melemahkan semangat Gerakan Putih yang diperangi pihaknya semasa berlangsungnya Perang Saudara Rusia pada ketika itu.

Rujukan

WikiPedia: Kerabat Romanov http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://rbth.com/multimedia/2015/03/25/romanov http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.loc.gov/rr/rarebook/coll/214.html http://prpm.dbp.gov.my/ http://dlib.rsl.ru/viewer/01004169063#page13?page=... https://www.youtube.com/playlist?list=PLhuA9d7RIOd... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85115062 https://d-nb.info/gnd/118749579